
20 Disember 2025
Kementerian Dalam Negeri (KDN) kekal komited memperkukuh keselamatan negara dan melindungi rakyat daripada ancaman dadah yang semakin kompleks dan terancang. Melalui pendekatan penguatkuasaan bersepadu, risikan strategik dan kerjasama antarabangsa, usaha membanteras sindiket dadah terus dipertingkatkan secara menyeluruh.
Sejajar dengan komitmen ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti tiga modus operandi utama yang sering digunakan sindiket dadah untuk menyeludup masuk dan keluar dadah ke negara ini, iaitu:
๐น Transit melalui perairan laut dalam menggunakan bot nelayan untuk membawa bekalan dadah dari kapal induk.
๐น Memperalatkan keldai dadah, termasuk merekrut individu melalui media sosial dan aplikasi komunikasi dengan janji ganjaran lumayan.
๐น Penyalahgunaan kontena di pelabuhan, dengan mengisytiharkan barangan sah tetapi menyeludup dadah dalam kuantiti besar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa ketiga-tiga taktik ini dikenal pasti hasil analisis operasi dan risikan berterusan JSJN, yang turut membawa kepada kejayaan membongkar sindiket antarabangsa, rampasan dadah bernilai berbilion ringgit serta penahanan ratusan individu.
Usaha berterusan ini membuktikan keazaman dan ketegasan KDN bersama PDRM dalam memutuskan rantaian jenayah dadah, melumpuhkan kewangan sindiket dan memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat terus terpelihara.
Sumber:
Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,
20 Disember 2025 (BERNAMA)
