KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG BERKENAN SERTAI RAJA DAN PERMAISURI THAILAND SEMPURNAKAN PENYAMPAIAN PINGAT ACARA PELAYARAN

THAILAND, 18 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan berangkat bersama Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Thailand, Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana ke majlis penyampaian pingat bagi acara Keelboat SSL47 Campuran sempena Sukan SEA ke-33 di Ocean Marina Yacht Club Pattaya, Daerah Sattahip, Wilayah Chonburi.

Paduka Baginda berkenan berkenan menaiki bot layar SSL 47 dan belayar ke kawasan pertandingan selain berkesempatan bertemu dengan pasukan pelayar negara yang melakar detik bersejarah selepas berjaya meraih pingat perak dalam acara Keelboat SSL47 Campuran pada temasya Sukan SEA kali ini.

Thailand muncul juara pada acara julung kali dipertandingkan ini dan lebih mengujakan, Raja Permaisuri Thailand, Suthida Bajrasudhabimalalakshana mengetuai pasukan pelayaran negaranya di sepanjang pertandingan pelayaran yang berlangsung dari 15 hingga 18 Disember.

Permaisuri Suthida bersama sembilan lagi kru pasukannya menerima pingat yang disampaikan oleh Raja Maha Vajilongkorn, di mana pasukan Malaysia dan Myanmar yang berada di tempat kedua dua dan ketiga turut sama menerima kurniaan pingat dari Raja Thailand itu. -KESULTANAN PAHANG


HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG JOINS THE KING AND QUEEN OF THAILAND IN OFFICIATING THE PRESENTATION OF SAILING MEDALS

THAILAND, December 18, 2025 – Her Royal Highness Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, today graciously attended the medal presentation ceremony for the Mixed Keelboat SSL47 event at the 33rd SEA Games, together with the King of Thailand, King Maha Vajiralongkorn, and the Queen of Thailand, Queen Suthida Bajrasudhabimalalakshana. The ceremony was held at the Ocean Marina Yacht Club Pattaya, Sattahip District, Chonburi Province.

Her Royal Highness graciously boarded an SSL 47 sailing boat and sailed to the competition area, and also had the opportunity to meet the national sailing team, who created a historic moment after winning the silver medal in the Mixed Keelboat SSL47 event at this edition of the SEA Games.

Thailand emerged as the champion in this event, which was contested for the first time. Adding to the excitement, Queen Suthida Bajrasudhabimalalakshana led her national sailing team throughout the competition, which took place from 15 to 18 December.

Queen Suthida, together with nine other crew members, received their medals presented by King Maha Vajiralongkorn. The Malaysian and Myanmar teams, who finished in second and third place respectively, also received their medals from the King of Thailand. — KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *