
Oleh: Sholina Osman
22 DIS. 2025
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara untuk pemeriksaan lanjut setelah mengadu sakit dada sebaik kembali daripada urusan di luar negara.
Kenyataan media pejabat Menteri Besar memaklumkan setakat ini dilaporkan beliau berada dalam keadaan stabil.
“Semua rakyat Perlis diminta mendoakan agar beliau kembali sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah,” kata kenyataan itu lagi. – MB
