

Wartawan JM
22 DIS. 2025
Permohonan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung “tahanan rumah” ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Najib untuk satu perintah mandamus antara lain
supaya Responden-Responden melaksanakan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berhubung “tahanan rumah”, ditolak tanpa perintah terhadap kos.
Berikutan keputusan tersebut, Najib akan meneruskan baki hukuman penjara di Penjara Kajang. – JM
