


Oleh: Sholina Osman
22 DIS. 2925
Seorang pesara berusia 67 tahun rugi
RM399,832.00 apabila terpedaya dengan “phone scam” menyamar sebagai ejen insuran, pegawai polis dan pendakwaraya
Ketua Polis Daerah Muar Asistan Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kejadian itu berlaku pada 18 Disember lalu apabila mangsa menerima panggilan dari “phone scam”.
“Mangsa dituduh terlibat dalam penggubahan wang haram,” kata Raiz Mukhliz dalam kenyataan media hari ini.
Berikutan itu katanya mangsa diminta untuk membuat laporan polis secara atas talian dan membuka akaun bank baharu untuk “siasatan” Bank Negara Malaysia (BNM).
MEMBUAT PINDAHAN WANG
Mangsa telah membuat pindahan wang sejumlah RM400,000.00 dari akaun simpanan ke akaun baharu.
Setelah transaksi dibuat, mangsa diminta membuat pindahan lain bagi wang jaminan serta caj peguam.
Mangsa kemudiannya mula merasa curiga dan telah mula membuat semakan akaun baharu miliknya itu dan mendapati wang di dalam akaun berkurangan di mana hanya berbaki sebanyak RM168.00 sahaja.
Polis pula menyiasat kes ini dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, dengan sebatan dan juga denda. – JM
