Tuah warga emas dari Perlis bawa pulang Ford Ranger Rapton

Oleh: Sholina Osman
22 DIS. 2025

Rezeki warga emas dari Perlis, Sha’arah Bidin, 74, apabila berjaya membawa pulang sebuah Ford Ranger Rapton sempena Kempen Mega Million 2.0 Agrobank.

Sha’arah menerima kenderaan ini pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen Mega Million 2.0 yang bermula 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2025 yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.

Kempen ini menawarkan hadiah berupa kereta Mitsubishi Xpander, Proton S70 dan Perodua Myvi bagi cabutan bulanan.

Sebuah Ford Ranger Raptor turut menanti untuk dibawa pulang oleh seorang pemenang bertuah melalui cabutan utama kempen ini.

MENERIMA KERETA IDAMAN

Sha’arah ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka di penghujung usia menerima kereta idaman iaitu Ford Ranger Raptor bagi memudahkannya mengusahakan bendang di Perlis.

“Memang sudah terdetik lama untuk mempunyai kereta ini supaya senang membawa baja dan benih padi, kebetulan ada pihak Agrobank beritahu saya dapat kereta ini,” katanya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Hadir sama Ketua Jabatan Konsumer Agrobank Zulhisham Zailan dan Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Agrobank Intan Syazwani Isa. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *