
25 Disember 2025
(Info Ringkas)
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan berjumlah 3.38 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun kepada -0.5 peratus berbanding 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Berdasarkan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 dikeluarkan DOSM hari ini, komposisi penduduk bukan warganegara turut menunjukkan penurunan daripada 10.0 peratus pada 2024 kepada 9.9 peratus pada 2025.
