
25 Disember 2025
(Info Ringkas)
Dimaklumkan bahawa fenomena air laut pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pesisir pantai Negeri Terengganu bagi πππ¦π©π¨π‘ ππ π‘π’π§π π π ππ ππ’π¬ππ¦πππ« ππππ, berdasarkan data dan rekod stesen cerapan Pusat Hidrografi Nasional.
Paras air laut yang tinggi ini berpotensi menghalang aliran keluar air sungai ke laut dan boleh menyebabkan limpahan serta kejadian banjir setempat, khususnya di kawasan rendah, muara sungai dan pesisir pantai, lebih-lebih lagi sekiranya berlaku hujan serentak.
Sehubungan itu, semua agensi dimohon untuk bersiap siaga dan memantau kawasan hotspot masing-masing. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
