
25 Disember 2025
(Info Ringkas)
Penerbangan terus Air Algerie ke Kuala Lumpur bermula tahun depan dijangka dapat memacu pertumbuhan perniagaan Malaysia-Algeria serta menggalakkan lebih ramai pelajar Algeria melanjutkan pengajian di Malaysia.
Perkhidmatan penerbangan Algiers-Kuala Lumpur itu diperkenalkan ketika perdagangan dan pertukaran budaya antara kedua-dua negara terus berkembang, kata Duta Besar Malaysia ke Algeria Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan kepada Bernama pada Selasa (23 Dis)
