๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐‘๐ฎ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š: ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐Š๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ ๐ข๐ง๐  ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง

30 Disember 2025

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus memperkukuh sektor penternakan melalui pelan strategik KPKM 2025, dengan matlamat meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging ruminan kepada 50% menjelang tahun 2030. Antara pendekatan utama ialah pelaksanaan program pembiakan ternakan berskala besar serta pembangunan 68 ladang satelit di tujuh negeri. Lebih 45,000 ekor ternakan disasarkan melalui inisiatif ini, sekali gus memperkukuh bekalan daging tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada import.

Usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keterjaminan makanan, kelestarian dan kesejahteraan rakyat. Pembangunan industri ruminan bukan sahaja menyokong pengeluaran daging tempatan, malah membuka peluang ekonomi kepada penternak dan komuniti luar bandar. Dengan sokongan teknologi pembiakan moden dan pengurusan ladang yang sistematik, Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk menjadi pengeluar daging ruminan yang mampan dan berdaya saing.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *