
30 Disember 2025
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan pelaksanaan Ops Tera sepanjang tahun 2025, khususnya kepada warga Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN) atas komitmen, profesionalisme dan ketegasan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan rakyat.
๐ฃ๏ธ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa:
โPenguatkuasaan undang-undang akan terus dilaksanakan secara tegas, berlandaskan peruntukan sedia ada dan tanpa kompromi, demi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.โ
KDN melalui PK KDN terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang menerusi pelaksanaan Ops Tera, bagi membanteras aktiviti percetakan tanpa lesen serta memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].
Sejak 15 Oktober 2024 hingga kini, Ops Tera telah merekodkan:
๐น RM44.7 juta nilai anggaran sitaan mesin dan perkakas cetak; dan
๐น 1,013 unit mesin cetak disita di seluruh negara
Langkah ini bertujuan melindungi keselamatan, ketenteraman dan kepentingan awam, selain memastikan aktiviti percetakan tidak disalahgunakan sehingga boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara.
Pendekatan advokasi dan pematuhan turut dilaksanakan secara berterusan bermula 15 Oktober 2024, bagi meningkatkan kesedaran pengusaha percetakan agar mematuhi keperluan pelesenan yang ditetapkan.
