
30 Disember 2025
Info Ringkas
Murid di bawah institusi KPM tidak lagi diwajibkan memakai tali leher bermula tahun 2026.
Dasar ini diumumkan melalui surat siaran rasmi KPM.
Pemakaian tali leher MASIH DIBENARKAN jika ada PERSETUJUAN BERSAMA-SAMA antara pihak sekolah dan ibu bapa.
TIADA PAKSAAN dibenarkan, sekolah tidak boleh memaksa atau menekan murid berkaitan pemakaian tali leher.
Keputusan dibuat bagi meningkatkan keselesaan murid, selaras dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap.
Dasar ini juga bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam penyediaan kelengkapan persekolahan.
KPM menegaskan pendekatan ini sebagai langkah prihatin dan realistik, bukan menjejaskan disiplin.
Surat siaran berkuat kuasa serta-merta mulai 17 Disember 2025.
Malaysia Mendidik
