KDN buka tempoh khas bagi permohonan kuota penggajian pekerja asing bagi tahun 2025

Oleh: Sholina Osman
30 DIS. 2025

Kementerian Dalam Negeri
(KDN) memaklumkan pembukaan tempoh khas untuk menerima permohonan kuota penggajian pekerja asing bagi tahun 2025 mulai 19 Januari 2026 hingga 31 Mac 2026.

Kenyataan media KDN memaklumkan bahawa permohonan masih akan diterima sehingga tarikh akhir yang telah ditetapkan sebelum iaitu pada 31 Disember 2025.

“Tempoh khas yang dibuka ini adalah untuk permohonan tertakluk
kepada semua sektor dan subsektor yang telah diluluskan Kerajaan
pada 1 Oktober 2025 dan mematuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan termasuk permohonan penggajian tenaga kerja asing bagi sektor perkhidmatan di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang sebelum ini ditutup lebih awal,” kata kenyataan itu lagi.

AKAN DIBINCANGKAN BERSAMA

KDN memaklumkan juga bahawa semua permohonan yang diterima bermula 19 Januari 2026 sehingga 31 Mac 2026 ini akan dibincangkan bersama Kementerian menyelia yang terbabit untuk pertimbangan dan tertakluk kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing yang lain.

Semua majikan diingatkan supaya mengemukakan permohonan secara terus tanpa pengantaraan ejen atau pihal ketiga di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing KDN.

Bagi melancarkan urusan permohonan dalam tempoh khas ini, temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu melalui sistem temujanji yang boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi KDN bermula 16 Januari 2026.

DAPAT MEMBANTU MAJIKAN

Kemudahan tempoh khas ini diharap dapat membantu majikan
mengemukakan permohonan penggajian pekerja asing secara
teratur dan terancang.

Langkah ini adalah selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk terus peka dengan keperluan industri dan
komitmen meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang rasmi KDN. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *