
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
30 DIS. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana permuafakatan dalam kerajaan MADANI ternyata lebih mantap dan ikhlas.
Jelas beliau malah juga tiada berlaku unsur sabotaj serta khianat berbanding yang berlaku dikalaangan rakan-rakan yang lain.
Beliau menjawap pertanyaan itu pada sidang media apabila diminta mengulas mengenai situasi politik membabitkan kerajaan pimpinan pembangkang di Perlis.
DILIHAT SEMAKIN TEGANG
Krisis dalam Perikatan Nasional (PN) antara Pas dan Bersatu dilihat semakin tegang apabila jawatan Menteri Besar diganti oleh Abu Bakar Hamzah dari Bersatu selepas peletakan jawatan oleh Mohd Shukri Ramli dari PAS.
Arahan juga telah dikeluarkan supaya PAS tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu; dan semua anggota EXCO sedia ada daripada PAS akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan mantan Menteri Besar yang lepas.
Manakala Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan peletakan jawatan yang berkuatkuasa 1 Januari. – JM
