
2 Jan 2026
Program Smart SBB (Sawah Berskala Besar) di bawah inisiatif KPKM 2025 terus menjadi pemacu utama Gelombang Padi ke-5, dengan penyertaan seramai 18,650 pesawah di 92 lokasi seluruh negara. Kawasan tanaman yang terlibat meliputi 46,580 hektar, dan hasil padi dijangka meningkat kepada 6β7 tan metrik per hektar. Peningkatan ini membuktikan keberkesanan pendekatan bersepadu dalam memperkukuh industri padi negara.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk menjamin keterjaminan makanan dan meningkatkan daya saing sektor pertanian. Melalui sokongan teknologi, pembekalan baja berkualiti, dan kerjasama strategik antara agensi, program Smart SBB bukan sahaja meningkatkan hasil, malah memperkukuh pendapatan pesawah serta mempercepatkan transformasi industri padi ke arah yang lebih mampan dan berdaya tahan.
