Malaysia, Türkiye perlu tampil sebagai suara pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 JAN. 2026

Malaysia dan Türkiye perlu tampil sebagai suara pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar, khususnya dalam isu penindasan berterusan di Gaza serta konflik di Venezuela.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara-negara membangun harus sedar bahawa masa depan mereka tidak semestinya bergantung kepada mana-mana kuasa besar secara tunggal.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan umum di Ankara bertajuk Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Türkiye.

“Dunia kini sedang melalui peralihan kuasa global yang mendalam melibatkan ekonomi, keselamatan, teknologi dan tatakelola antarabangsa,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.

YANG SEMAKIN MENCABAR

Jelas beliau dalam landskap antarabangsa yang semakin mencabar, aturan lama tidak lagi memadai.

Anwar berkata kemajuan teknologi, khususnya kecerdasan buatan, mesti dipandu oleh nilai dan kebijaksanaan agar memperkasa manusia, bukan mencipta ketidaksamaan baharu atau menghakis maruah insan.

Malah jelas beliau Undang-undang antarabangsa tidak boleh diamalkan secara selektif.

“Kekejaman di Gaza tidak boleh dinormalisasi atau dijadikan preseden. Malaysia dan Türkiye akan terus bersuara, bertindak dan menuntut keadilan,” tegas beliau lagi.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri tatkala dunia yang sarat persaingan kuasa, Malaysia dan Türkiye mesti memperkukuh kerjasama strategik, mempertahankan prinsip bersama, dan memastikan hukum terus membatasi kuasa, bukan sebaliknya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *