Penganugerahan Order of the Republic kepada PMX lambang keakraban persahabatan Malaysia – Turkye

8 Jan 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim telah menerima penghormatan tertinggi Republik Türkiye melalui penganugerahan Order of the Republic, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan, sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye.

” Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, ” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.

Jelas PMX lagi, penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat.

” Saya berharap pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik, demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara, ” ujar PMX lagi.

======

I was conferred the highest honour of the Republic of Türkiye, the Order of the Republic, by President Recep Tayyip Erdoğan, in recognition of efforts to strengthen bilateral relations between Malaysia and Türkiye.

I accept this honour with profound gratitude and humility, not in a personal capacity, but on behalf of the entire people of Malaysia.

🇲🇾🇹🇷

MalaysiaMADANI

MADANIbekerja

RancakkanMADANI

DiplomasiMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *