

Oleh: Sholina Osman
10 JAN. 2026
Kerajaan MADANI komited sepenuhnya untuk memastikan setiap
strategi dalam RMK13 ini tidak sekadar tertulis di atas kertas,
sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, tersusun
dan memberi impak kepada rakyat.
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Fasa pelaksanaan ini akan menjadi penentu hala tuju ekonomi
negara dalam mendepani landskap global yang semakin
mencabar.
“Dalam masa yang sama, ia memperkukuh usaha kita
untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana
dengan membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang
lebih produktif, inovatif dan berdaya saing setanding negara
maju,” kata ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Ekonomi Tahun 2026 di sini.
MEMPERKUKUH TATAKELOLA BAIK
Beliau berkata dqlam memastikan pelaksanaan RMK13 berjalan mengikut perancangan (menaikkan siling, memperkukuhkan tatakelola
baik dan menaikkan lantai), aspek penyelarasan dan pemantauan perlu diberi keutamaan, termasuk pelaporan kemajuan yang telus serta tindakan pembetulan yang pantas
apabila diperlukan.
“Saya juga telah dimaklumkan bahawa pemantauan gerak kerja
RMK13 akan terus diperkukuh melalui Kerangka Pemantauan Rancangan Malaysia Lima Tahun,” katanya.
Beliau berkata bukan sahaja dengan
memantapkan peranan jawatankuasa sedia ada seperti TWG, IAPG, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN)
dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
MELANGKAH LEBIH JAUH
“Malah kita telah melangkah lebih jauh melalui pendigitalan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) yang merangkumi perincian seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta senarai agensi pelaksana menerusi
Sistem MyRMK,” kata beliau.
Oleh itu, katanya dengan saya menyeru semua warga Kementerian
Ekonomi dan semua agensi melaksanakan gerak kerja
pelaksanaan dan pemantauan RMK13 secara sepenuh hati dan
menyeluruh bagi memastikan objektif dan sasaran tercapai seperti
yang dirancang.
Beliau berkata ini merupakan tanggungjawab besar yang menjadi keutamaan Kementerian Ekonomi. – JM
