πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π, πˆππ” 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠ ππ„ππ“πˆππ† π”ππ“π”πŠ πŠπ„π‰π€π˜π€π€π π’πˆπ’π“π„πŒ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π – 𝐏𝐌 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑

12 Jan 2026

Kejayaan sistem pendidikan negara tidak hanya bergantung kepada dasar dan peruntukan, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan pendidikan terus menjadi keutamaan negara, dan hubungan mantap antara semua pihak penting untuk memastikan anak-anak menerima sokongan menyeluruh, sama ada di sekolah mahupun di rumah.

β€œDengan memastikan pendidikan berkualiti berteraskan nilai dan kemanusiaan, kita mampu melahirkan generasi berilmu, berakhlak, serta bersedia menghadapi cabaran dengan semangat dan keyakinan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Anwar berkongsi lawatannya bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwong Hon dan Sungai Besi, bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

πŸ“Έ PMO Malaysia

Sumber Berita BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *