
12 Jan 2026
(Info Ringkas)
Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memperkukuh keselamatan, ketenteraman awam dan penyampaian perkhidmatan negara melalui Pelan Strategik KDN 2026β2030 yang dirangka secara menyeluruh, progresif dan berfokuskan rakyat.
Pelan ini digerakkan berteraskan 4 Teras Strategik utama, melibatkan:
πΉ 24 Strategi
πΉ 71 Inisiatif
πΉ 192 Program
πΉ 47 Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Empat teras strategik tersebut merangkumi:
1οΈβ£ Mereformasi keselamatan dan ketenteraman awam secara holistik;
2οΈβ£ Memperkukuh kawalan sempadan dan membanteras jenayah rentas sempadan secara sistemik;
3οΈβ£ Mereformasi agenda pembanterasan ancaman dadah dan bahan; dan
4οΈβ£ Memperkukuh pengurusan serta penyampaian perkhidmatan
Pelan Strategik ini menjadi panduan utama KDN dan seluruh Jabatan serta Agensi di bawahnya dalam memastikan tadbir urus yang berintegriti, penguatkuasaan berkesan dan perkhidmatan yang lebih cekap, inklusif serta berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Keselamatan Dalam Negeri Teras Kesejahteraan Negara.
