


11 Jan 2026
Pelabuhan Klang : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 27 pendatang tanpa izin (PTI), selepas sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C, dipintas di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam awal pagi semalam.
Pengarah APMM Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata operasi bersepadu itu dilaksanakan susulan kejayaan menahan sebuah VNT kelas B di perairan sama pada 5 Jan lepas.
Beliau berkata pada 10 Jan kira-kira 12.35 tengah malam, APMM mengesan sebuah VNT sedang bergerak masuk ke muara Sungai Besar sebelum tekong bertindak agresif dan enggan berhenti ketika cuba dipintas, sehingga berlaku pergelutan.
πΈ Mohd Asri Saifuddin Mamat | BERNAMA
