PEMERIKSAAN TANDA HARGA DAN ALAT TIMBANG SUKAT, PEMERIKSAAN MINYAK MASAK BOTOL SERTA PELBAGAI AKTA YANG DIKUATKUASAKAN

TAIPING | 11 JANUARI 2026 (AHAD) – Sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Taiping telah menjalankan pemeriksaan dan aktiviti penguatkuasaan di Pasar Awam Aulong.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati kebanyakan premis mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan berada dalam tempoh sah penentusahan manakala tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan adalah jelas dan teratur.

Peniaga telah diingatkan supaya sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui :
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-847 5806 (KPDN Taiping)
Whatsapp Aduan : 019-848 8000

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *