Kerajaan MADANI bulatkan tekad perkukuh urusan hal ehwal Islam – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 JAN. 2026

Kerajaan MADANI akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ia melalui semangat musyawarah antara negeri, berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia MADANI, demi kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan.

Terdahulu Anwar menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Anwar berkata mesyuarat ini turut mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri.

PANDANGAN SERTA KEPUTUSAN

Sehubungan itu kata beliau pandangan serta keputusan strategik dapat dirangka demi kepentingan umat Islam.

Tambah beliau juga ia selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

“Titah dan nasihat Tuanku yang menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.

Beliau berkata ia wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa.

Di samping itu kata beliau untuk membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *