Dasar baharu penggajian ekspatriat mula dikuatkuasakan 1 Jun 2026 – KDN

Oleh: Sholina Osman
15 JAN. 2026

Dasar baharu penggajian ekspatriat akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2026 bagi memberi ruang persediaan yang mencukupi kepada pihak majikan dan industri.

Kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pihaknya akan menganjurkan sesi temu rapat dan libat urus bersama semua pemegang taruh termasuk pihak industri, majikan dan agensi berkaitan.

“Ia bagi menjelaskan mekanisme pelaksanaan, implikasi dasar
serta memastikan transisi dasar ini berjalan secara teratur, telus dan tidak menjejaskan kelangsungan operasi perniagaan,” kata kenyataan itu lagi.

Jemaah Menteri pada 17 Oktober 2025 telah bersetuju untuk melaksanakan dasar baharu penggajian ekspatriat, yang melibatkan penstrukturan semula kadar gaji bagi Pas Penggajian Kategori I, II dan III, serta penetapan tempoh penggajian ekspatriat di Malaysia.

TELAH DITAMBAH BAIK

Dasar penggajian ekspatriat semasa yang berpandukan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 20 Disember 2016 telah ditambah baik melalui siri sesi libat urus bersama pihak industri dan pemegang taruh sejak tahun 2022.

Penetapan dasar baharu ini
adalah selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-
13) untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing serta memberi keutamaan kepada bakat tempatan yang layak bagimengisi kekosongan jawatan sebelum mempertimbangkan
pengambilan ekspatriat.

Selain penyelarasan gaji, dasar ini turut memperkenalkan tempoh
penggajian ekspatriat yang sebelum ini tidak mempunyai had yang
khusus.

Penetapan tempoh ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan ekspatriat yang mempunyai kepakaran tinggi untuk terus menyumbang kepada negara, malah berfungsi sebagai panduannkepada majikan dalam merancang pelan penggantian secara lebihbtersusun dengan penglibatan tenaga kerja tempatan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *