π—§π—œπ—§π—”π—› π—”π—šπ—’π—‘π—š 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗧, π—£π—˜π—Ÿπ—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—₯𝗔 π—£π—˜π—‘π—§π—œπ—‘π—š π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π——π—œπ—•π—”π—›π—”π—¦ π—”π—›π—Ÿπ—œ 𝗣𝗔π—₯π—Ÿπ—œπ— π—˜π—‘ – 𝗧𝗣𝗠 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 π—­π—”π—›π—œπ——

19 Jan 2026

KualaLumpur : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 sebagai padat dan menyeluruh, merangkumi perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata meskipun titah berkenaan disampaikan secara ringkas, kandungannya sarat dengan mesej yang boleh dijadikan fokus oleh Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang dijadual bermula esok.

β€œApa yang paling penting ialah soal-soal yang sudah termaktub itu tidak diganggu atau diubah, agar menjadi asas perbahasan yang jelas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat berkenaan hari ini.

πŸ“Έ BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *