Nas tren di Sepanyol: Angka korban meningkat kepada 39 orang

20 Jan 2026

SEPANYOL : Sekurang-kurangnya 39 maut manakala 152 yang lain cedera selepas dua tren berkelajuan tinggi berlanggar berhampiran bandar Adamuz di wilayah Cordoba, selatan Sepanyol pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kejadian berlaku kira-kira 7.40 malam waktu tempatan (1840 GMT) apabila sebuah tren dari Malaga ke Madrid tergelincir berhampiran Adamuz dan memasuki laluan bersebelahan.

Insiden itu menyebabkan sebuah lagi tren yang menuju ke selatan dari Madrid ke Huelva turut tergelincir.

Menurut pihak berkuasa wilayah, dua gerabak tren Alvia terjunam ke bawah benteng setinggi empat meter, menyukarkan usaha menyelamat, lapor El PaΓ­s.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *