
SARATOK, 20 Jan — Jambatan Sungai Krian sepanjang 690 meter dijangka dibuka kepada trafik pertengahan Mac ini.
Pembukaan jambatan bernilai RM112.4 juta itu, bakal menjadi hadiah istimewa Aidilfitri buat rakyat Betong dan kawasan sekitarnya.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, pembukaan jambatan itu sebelum Hari Raya Aidilfitri akan memudahkan pergerakan harian penduduk.
Disamping, merancakkan aktiviti ekonomi setempat, khususnya dengan mengukuhkan akses dan jaringan perhubungan antara kawasan di sekitar Sungai Krian.
Datuk Amar Douglas berkata demikian ketika merasmikan upacara pencantuman struktur terakhir Jambatan Sungai Krian di Saratok, hari ini.
Projek jambatan itu merupakan antara inisiatif penting kerajaan Sarawak bagi mempertingkat mobiliti rakyat, memperkukuh hubungan antara komuniti serta membuka peluang pertumbuhan ekonomi melalui akses yang lebih efisien.
Wartawan: JAMALIA
Foto: FB DUN BUKIT SABAN
