Pelancaran DIPN langkah baharu perkukuh keselamatan negara – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 JAN. 2026

Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan hari ini merupakan langkah baharu bagi memperkukuh keselamatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi memulihkan keyakinan terhadap sektor pertahanan dan membina keupayaan industri tempatan yang lebih berwibawa serta berintegriti.

Beliau berkata dasar yang sekian lama tertangguh itu kini dilaksanakan selaras dengan tuntutan masa dan keperluan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya kira ia sesuai dengan tuntutan semasa serta menenggelami kemelut yang membadai ATM baru-baru ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran DIPN di Kuala Lumpur hari ini.

EMPAT TONGGAK UTAMA

Anwar berkata DIPN digerak berasaskan empat tonggak utama merangkumi pengukuhan tadbir urus dan institusi.

“Kalau ada keupayaan dalaman yang cekap dan baik, kita harus bergerak supaya meningkatkan daya saing global dan mula mengeksport hasil kita,” katanya.

Anwar berkata pelaksanaan DIPN mesti berteraskan integriti dan tadbir urus yang baik khususnya dalam menangani isu rasuah dan penyelewengan yang pernah mencemarkan imej sektor pertahanan, serta menegaskan bahawa segelintir isu yang masih dalam siasatan tidak harus mencoreng keseluruhan imej ATM.

“Jadi, saya ingin menjelaskan bahawa integriti, iltizam, semangat dan daya tahan anggota tidak harus terjejas kerana majoriti besar tahu tanggungjawab mereka, tahu amanah yang digalas oleh mereka dan tahu bahawa negara bergantung kepada khidmat dan kesiapsiagaan mereka,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *