

Wartawan JM
21 JAN. 2025
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Israel ke atas ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), dan perobohan premis UNRWA di Sheikh Jarrah, Baitulmagdis Timur pada 20 Januari 2026.
Kenyataan media Wisma Putra memaklumkan bahawa Israel mempunyai obligasi di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan saluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin tanpa sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terutamanya UNRWA, organisasi antarabangsa dan Negara Anggota PBB; melindungi semua petugas kemanusiaan dan perubatan; memastikan hak keistimewaan dan kekebalan PBB, termasuk premis, harta benda dan kakitangan PBB dipertahankan. Ini adalah selaras dengan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bertarikh 22 Oktober 2025.
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengenakan akauntabiliti terhadap Israel atas pencabulan undang-undang antarabangsa secara berterusan termasuk Piagam PBB, Konvensyen
PBB Mengenai Keistimewaan dan Kekebalan 1946, dan resolusi-resolusi PBB berkaitan. Impuniti ini harus dihentikan. – JM
