






Oleh: Sholina Osman
22 JAN. 2026
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pembukaan outlet Manjaku di Kangar Jaya, Perlis hari ini.
Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusan CL Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Eksekutif Vach Pillutla serta Pengarah Eksekutif Grace Lee.
Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyempurnakan acara memotong reben sebagai simbolik pada pembukaan cawangan Ke-51 Manjaku di Semenanjung Malaysia dilakukan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen.
Baginda berdua kemudiannya berkenan untuk melawat dalam outlet
berkenaan.
DUA DEKAD PENGALAMAN
Dalam kenyataan media, Manjaku Retail Sdn. Bhd. merupakan pemilik jenama Manjaku yang telah lebih dua dekad berpengalaman dalam industri peruncitan barangan ibu dan bayi.
Berteraskan nilai kasih sayang, kepercayaan dan kualiti, Manjaku komited untuk menyokong perjalanan keibubapaan setiap keluarga di Malaysia.
Seiring dengan kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pelanggan, Manjaku telah
berkembang pesat menjadi sebuah rangkaian peruncitan berkonsepkan pusat sehenti (one stop centre) yang terkemuka di Malaysia.
Manjaku dikenali sebagai antara kedai bayi paling mampu milik, dan kedai bayi paling berpatutan di dunia, menawarkan nilai terbaik kepada setiap keluarga tanpa menjejaskan
aspek kualiti dan keselamatan produk.
Selain menawarkan produk daripada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, Manjaku turut membangunkan dan memperkukuhkan jenama sendiri (house brands) iaitu Baby Hippo, Mimora, Livkin, Mommymora, Pebbles & Pine serta Sofyroo.
Jenama-jenama ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi dengan penekanan kepada kualiti, keselamatan, rekaan praktikal serta harga yang berpatutan.
Manjaku juga menjalinkan kolaborasi strategik bersama jenama antarabangsa terkenal seperti Sesame Street, selain kolaborasi eksklusif bersama Baby Hippo, sekali gus menawarkan produk berlesen dan rekaan istimewa yang digemari oleh kanak-kanak serta ibu bapa di Malaysia. – JM
