Laporan akhir : Pemanduan laju , kegagalan brek punca nahas bas persiaran babitkan pelajar UPSI

24 Jan 2026

Analisis video mendapati bas persiaran yang terlibat kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lepas dianggarkan bergerak pada kelajuan kira-kira 114.7 kilometer sejam (km/j), melampaui had kestabilan selamat kenderaan bagi laluan itu.

Laporan Akhir Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan laluan di lokasi kejadian direka bentuk untuk kelajuan kira-kira 70 km/j, dengan had laju peraturan ditetapkan pada 60 km/j.

β€œAnalisis menunjukkan bahawa bas telah bergerak pada kelajuan yang jauh melebihi kedua-dua kelajuan reka bentuk dan had laju yang dibenarkan, sekali gus melampaui had kestabilan selamat kenderaan pada laluan tersebut semasa kejadian,” menurut laporan itu.

Rakaman video daripada kenderaan awam yang berada berhampiran lokasi kejadian telah digunakan sebagai satu kaedah bebas untuk menganggarkan kelajuan bas semasa kejadian.

Laporan memaklumkan bas itu tidak dilengkapi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), Peranti Mengehad Laju (SLD) atau kamera papan pemuka kenderaan, menyebabkan tiada rakaman dalaman kenderaan tersedia.

MERAGUT 15 NYAWA

Sementara itu, laporan akhir itu juga menyebut
Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa 15 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), Perak pada Jun lepas, didapati dikendalikan sebuah syarikat yang tidak memiliki lesen atau permit sah untuk operasi bas persiaran di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Menurut Laporan Akhir Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan semasa kejadian pemilik lesen sah pengendali kenderaan itu didaftarkan atas nama Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd telah menyewakan atau memajakkan lesen itu kepada Noreen Maju Trading tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Sumber : Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *