




24 Jan 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah bagi menghadiri beberapa program rasmi termasuk pelancaran Galeri Arkeologi Guar Kepah di Penaga dekat sini.
Lawatan kerja Anwar yang juga Menteri Kewangan dimulakan dengan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya di Perai, yang bertujuan meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Seberang Perai serta kawasan sekitarnya.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudian dijadual menghadiri Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan MADANI dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 di Permatang Pauh, seterusnya menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Kubang Ulu di Kubang Semang.
RAKYAT GEMBIRA MENYAMBUT PMX
Sementara itu, rakyat yang menanti kehadiran PM Anwar juga amat gembira kerana dapat bertemu dengan beliau di Karnival Kebudayaan MADANI .
Kemeriahan juga dapat dirasakan dengan kehadiran PMX dalam program Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, Permatang Pasir hari ini.
Sumber :Bernama
