Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis hadir santapan malam bersama kepimpinan Krabi

Laporan oleh Sholina Osman dari Krabi, Thailand
24 JAN. 2026

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis santapan malam dengan kepimpinan dan pihak berkuasa Wilayah Krabi.

Majlis ini berlangsung di The Marquee Restaurant, Krabi Resort, Krabi, Thailand, malam tadi.

Antara tetamu hadir termasuk Gabenor Wilayah Krabi Angkoon Seelatewakul dan Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Wilayah Krabi (Tentera) Kolonel Pratharn Talapthong.

Pada majlis santapan malam itu, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis turut berkenan melakukan Promosi Makanan Perlis iaitu Kurma Daging Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2026.

DELEGASI JELAJAH ZIARAH

Raja Muda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengetuai delegasi Jelajah Ziarah Mahabbah MAIPs bersama Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd ke Wilayah Andaman Thailand di Krabi dari 23 hingga 25 Januari.

Baginda diiringi oleh Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus Besar ATAM Sdn Bhd Muhammad Farid Abdul Rahim. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *