




.
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐จ, ๐ฎ๐ฒ ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ – Amanat Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi tahun 2026 telah disampaikan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman kepada warga Zon Maritim Kuala Kurau dalam Majlis Perhimpunan Suku Tahun 1/2026 Peringkat Zon Maritim Kuala Kurau di sini, pagi tadi.
Dalam ucapan yang disampaikan, Mohd Hairil mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Zon Maritim Kuala Kurau atas pencapaian memberangsangkan pada tahun 2025.
โSegala pencapaian terbaik dalam mengurus selia operasi dan pentadbiran pada tahun lalu adalah hasil kerjasama yang baik diantara warga Agensi yang komited dalam melakukan tugas,โ tambah beliau.
Usai ucapan, perhimpunan berkenaan turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Bot Terbaik dan Pekerja Terbaik Bulanan sebagai pengiktirafan kepada anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas.
Selesai perhimpunan, Mohd Hairil bersama delegasi Zon Maritim Kuala Kurau mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Kunjungan tersebut disambut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Jafri Md Zin bersama pegawai kanan IPD Kerian.
Dalam pertemuan itu, Mohd Hairil menjelaskan kawasan tanggungjawab Maritim Malaysia serta isu-isu semasa yang memerlukan kerjasama berterusan, khususnya melibatkan keselamatan dan penguatkuasaan di perairan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama erat dalam operasi bersama, terutama melibatkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).
Kunjungan hormat berkenaan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar sebagai simbol hubungan baik dan komitmen berterusan antara Maritim Malaysia dan PDRM.
.
