𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—₯π—˜π—£π—¨π—•π—Ÿπ—œπ—ž π—œπ—‘π——π—œπ—” π——π—œ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—§π—”π—‘ π—Ÿπ—¨π—•π—‘π—”π—‘

LUBNAN, 26 Januari 2026 – Komander MALBATT 850-13, Kol Haji Mohd Rizwan bin Abdullah telah menghadiri Sambutan Hari Republik India di UNP 4-2, INDBATT, Ebel Es Saqi, Selatan Lubnan.

Sambutan rasmi ini dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat diikuti ucapan alu-aluan, perbarisan istiadat serta ucapan oleh Force Commander Sector East, Commanding Officer Sector East dan Duta Besar India. Acara turut diserikan dengan persembahan Pipe Band, Seni Mempertahankan Diri, Kenderaan Perisai, Anjing Perang serta tarian kebudayaan sebelum diakhiri dengan sesi fotografi berkumpulan dan jamuan makan tengah hari.

Kehadiran warga MALBATT 850-13 mencerminkan semangat kebersamaan, saling menghormati dan hubungan profesional yang erat antara kontinjen di bawah naungan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Selain itu, penyertaan warga MALBATT 850-13 dalam acara ini melambangkan komitmen berterusan Angkatan Tentera Malaysia dalam memperkukuh hubungan diplomasi ketenteraan, memupuk kerjasama pelbagai negara serta menyokong usaha keamanan dan kestabilan serantau di bumi Lubnan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *