Kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara tidak boleh dibina dengan slogan semata – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
29 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara ini tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata.

Sebaliknya kata beliau ia mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi.

Jelas beliau dalam konteks cabaran semasa, termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah ini boleh mencalar imej sesebuah institusi.

“Saya menekankan bahawa tiada kompromi terhadap pelanggaran amanah lantas menuntut ketelusan, kejujuran dan keberanian untuk membersihkan kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.

MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT

Sebelum itu beliau menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di mana membincangkan peranan strategik Tentera Darat sebagai benteng pertahanan negara serta sandaran harapan seluruh rakyat.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani.

Di samping itu kata beliau kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran akan sentiasa diberi perhatian sewajarnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *