Malaysia-Uzbekistan akan kerjasama bangunkan tanaman melon, perikanan, padi guna dron

Oleh: Sholina Osman
29 JAN. 2026

Malaysia dan Uzbekistan akan bekerjasama untuk pembangunan tanaman melon, sektor perikanan serta pemodenan penanaman padi menggunakan teknologi seperti dron.

Kenyataan media Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(КРКМ) memaklumkan ia hasil perbincangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semasa menerima kunjungan hormat Gabenor Wilayah Sirdarya, Uzbekistan Erkinjon Turdimov.

Kunjungan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Uzbekistan dalam sektor pertanian dan agromakanan, selaras dengan keutamaan Malaysia dalam memastikan keterjaminan makanan negara.

Sesi pertemuan ini turut disertai oleh Duta Besar Republik Uzbekistan ke Malaysia Karomidin Gadoev.

SEBAGAI KAWASAN PERTANIAN

Wilayah Sirdarya terkenal sebagai kawasan pertanian yang menghasilkan tanaman seperti kapas, gandum dan tembikai.

Hubungan perdagangan pertanian antara Malaysia dan Uzbekistan merekodkan nilai sebanyak RM266 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025, melibatkan eksport pelbagai produk pertanian Malaysia ke Uzbekistan seperti kopi, koko, teh, rempah-ratus serta produk pertanian terproses, manakala import dari Uzbekistan merangkumi buah-buahan.

Kedua-dua pihak berharap perdagangan pertanian ini dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan demi manfaat bersama.

Dalam pertemuan tersebut Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada Uzbekistan untuk menyertai Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2026 yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS, Serdang, dengan tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *