๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฃ๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ, ๐—–๐—›๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2026 โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan Ops Sapu Bersepadu di sebuah pusat perniagaan serta kawasan penempatan yang dikenal pasti dimonopoli oleh warga asing di Taman Emas, Cheras, yang membawa kepada penahanan 218 orang warganegara asing atas pelbagai kesalahan imigresen.

Operasi yang bermula pada jam 7.00 petang itu disertai seramai 279 pegawai pelbagai pangkat daripada Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, JIM Negeri Sembilan, JIM Negeri Perak serta 10 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan diketuai oleh YBhg. Datoโ€™ Lokman Effendi Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi).

Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan memeriksa seramai 1,087 individu. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 218 warganegara asing berusia antara 2 hingga 53 tahun telah ditahan, terdiri daripada 78 warganegara Myanmar, 56 Bangladesh, 44 Indonesia, 12 Nigeria, 10 Nepal, 5 India, 4 Sri Lanka serta 9 warganegara lain.

Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, memiliki kad pengenalan yang tidak diiktiraf, serta kesalahan lain di bawah peruntukan undang-undang imigresen negara.

Dalam operasi ini, terdapat individu yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di atas siling serta bumbung premis. JIM turut menggunakan dron yang dilengkapi sensor pengesan haba bagi membantu mengesan individu yang bersembunyi di lokasi berkenaan.

JIM akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan, memeriksa, menangkap, mendakwa serta menghantar pulang warganegara asing yang melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Sehubungan itu, JIM mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan PATI disaran menyalurkan maklumat lengkap terus kepada JIM melalui saluran rasmi.

Dalam masa yang sama, PATI turut dinasihatkan supaya mengambil peluang menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang akan berakhir pada April 2026, bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat selepas tempoh program tersebut tamat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *