
29 JAN 2026
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan tiket perkhidmatan itu akan dijual bermula pada 12 tengah hari esok bagi membantu orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal dan selesa sepanjang bulan Ramadan, sekali gus memudahkan persiapan menyambut Aidilfitri.
โPerkhidmatan khas ini (Edisi Ramadan) akan beroperasi selama empat hari, iaitu pada 20 Feb dan 6 Mac bagi laluan KL SentralโTumpat serta 22 Feb dan 8 Mac bagi laluan TumpatโKL Sentral. Sebanyak 1,584 tiket ditawarkan termasuk koc tempat tidur bagi perkhidmatan ini,โ menurut kenyataan itu hari ini.
