πˆπŒππˆπ€π 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐋𝐀𝐑 πˆππ” π“π„π‘πŒπ€πŠππ”π‹ 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝟏𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍, π‡π€π’πˆπ‹ 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπ•π… 𝐓𝐀𝐀𝐅

Penantian 10 tahun sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata berakhir apabila bayi sulung mereka selamat dilahirkan, hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) yang ditaja oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Zahidah Zainudin, 33, menyifatkan kelahiran anak lelakinya yang dinamakan sebagai Sayf Al Ayubbi pada tiga hari lepas di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di Seremban, Negeri Sembilan membawa kebahagiaan dan sinar baharu dalam kehidupannya dan suami, Salahuddin Alaayubi Nawawi, 41.

Zahidah berkata permohonan rawatan berkenaan dibuat menerusi TAAF sejak lima tahun lepas sebelum menerima panggilan bagi menjalani rawatan pada April tahun lepas, sekali gus merealisasikan impiannya untuk bergelar ibu.

“Alhamdullilah, selepas disahkan hamil, semuanya berjalan lancar, saya hanya mengalami alahan teruk pada trimester pertama, suami juga sentiasa ada bersama-sama dan memberikan sokongan kepada saya.

“Sebelum menjalani rawatan IVF ini, saya dan suami telah berusaha pelbagai cara, namun tiada rezeki, saya sangat bersyukur impian kami untuk menerima cahaya mata termakbul,” katanya kepada pemberita di Wad 4A Kenanga, Bangunan Wanita dan Kanak-Kanak HTJ hari ini.

Terdahulu, pengasas TAFF Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat ibu dan bayi berkenaan di Seremban hari ini.

Ketika ditemui pemberita, baginda turut menzahirkan kesyukuran atas kelahiran bayi TAFF ke-151 itu dan memaklumkan terdapat lapan lagi pasangan yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka.

“Alhamdullilah, saya sudah ada banyak cucu, saya bersyukur Allah banyak menolong saya untuk membantu pasangan-pasangan ini (memiliki anak), ramai juga di luar sana membantu saya dari segi kewangan untuk disalurkan kepada pasangan suami isteri yang memerlukan, iaitu yang senasib dengan saya.

πŸ“Έ Izzul Ahmad/BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *