πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π‘π”ππ“π”πŠ π‘πŒπŸ‘πŸ“πŸŽ 𝐉𝐔𝐓𝐀 ππ€πˆπŠ 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐉𝐑𝐓𝐁 πƒπˆ ππ„π‘π€πŠ – 𝐍𝐀𝐍𝐓𝐀

1 Feb 2026

Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) melibatkan jajaran di Perak atau laluan FT004 di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan laluan itu lebih selamat, selesa dan berdaya tahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja awalan untuk projek berkenaan boleh bermula tahun ini dan berharap sebahagiannya mula dilaksanakan secara fizikal tahun depan.

β€œDalam RM350 juta ini, kami akan gunakan RM170 juta di 17 lokasi, satu lokasi RM10 juta untuk kami lebarkan jalan sebagai lorong memotong. Jadi, dah dikenal pasti ada 17 lokasi, ini akan membantu menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya nanti.

β€œItu perancangan kami dan peruntukan kewangan yang kami dah dapat, memang kami akan memohon tambahan sekiranya ada keperluan,” katanya pada sidang media ketika melawat JRTB (FT004) termasuk lokasi kemalangan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lepas.

πŸ“Έ Sharul Hafiz Zam/BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *