
KUCHING, 1 Feb – Air Borneo merancang untuk memperluaskan perkhidmatan penerbangan, termasuk penyediaan kemudahan Tambang Ziarah Wilayah bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat selaras dengan pengoperasian pesawat jet oleh Air Borneo.
βMemang sudah ada perancangan. Kita akan melihat pelaksanaannya selepas Julai ini apabila operasi pesawat jet dimulakan. Dengan pesawat jet ini, kita akan menghubungkan Kuching ke destinasi luar negara termasuk Jepun, Korea Selatan dan juga negara-negara ASEAN.β katanya.
Menurut beliau, bagi destinasi dalam Borneo seperti Balik papan, Samarinda dan Pontianak, penerbangan akan menggunakan pesawat ATR yang akan diubah suai bagi meningkatkan tahap keselesaan penumpang, khususnya untuk perjalanan jarak dekat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di sini.
Data terkini menunjukkan peningkatan ketara dalam sektor pelancongan perubatan di Sarawak.
Sebagai contoh, pembangunan hospital swasta merupakan antara pelaburan kerajaan negeri bagi menyokong pertumbuhan pelancongan perubatan.
Inisiatif berkenaan penting dalam memperkukuh pertumbuhan sektor pelancongan negeri, termasuk pelancongan perubatan, di samping meningkatkan keterhubungan Sarawak di peringkat serantau dan antarabangsa.
ROSE
