






KUANTAN, 2 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-120 di Grand Darul Makmur Hotel, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berangkat, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Riโayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada mesyuarat berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan bertitah menekankan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh semua Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang serta turut menyentuh beberapa perkara yang melibatkan isu-isu semasa, perkara berkaitan Institusi Diraja dan hal-hal berkaitan rakyat.
Paduka baginda turut berkenan beramah mesra dan bergambar kenangan dengan semua Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Pahang. – KESULTANAN PAHANG
HRH THE SULTAN OF PAHANG CHAIRS THE 120TH MEETING OF THE PAHANG ROYAL COUNCIL
KUANTAN, February 2, 2026 โ His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, today graciously chaired the 120th Meeting of the Pahang Royal Council held at the Grand Darul Makmur Hotel here.
His Royal Highness was accompanied by His Royal Highness the Crown Prince of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Also present were His Highness Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Riโayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; His Highness Tengku Panglima Raja, Brigadier General Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; and His Highness Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Muโadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
During the meeting, His Royal Highness emphasised key matters requiring the attention of all members of the Pahang Royal Council, and also touched on several issues related to current affairs, the Royal Institution, and matters concerning the people.
His Royal Highness also graciously met and posed for a commemorative photograph with all members of the Pahang Royal Council. โ KESULTANAN PAHANG
