๐’๐๐‘๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐€๐๐“๐ˆ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐‘๐” ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐€๐‘๐ƒ๐ˆ)

KLANG, 30 Januari – Pegawai Lantikan Baru Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) tekad semarakkan budaya antirasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena Program Orientasi Pegawai Lantikan Baru MARDI bagi tahun 2026 di Dewan Esplanade 4, KSL Esplanade Klang, hari ini.

Program dimulakan dengan sesi perkongsian โ€œCeramah Pengukuhan Integriti – Kesalahan-kesalahan Utama Rasuah, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [AKTA 694]โ€ yang disampaikan oleh PsK Faizul Mohd Musa daripada Cawangan Kerajaan dan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Di akhir program, Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Wakil Pegawai Lantikan Baru, Amirul Hakim Mohd Izhar, Pegawai Tadbir MARDI dan sesi menandatangani IBR antara MARDI dan SPRM disaksikan oleh PsK Faizul Mohd Musa bersama lebih 48 warga MARDI.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *