FOKUS TANGANI KEHAMILAN REMAJA, UMUR MINIMUM PERKAHWINAN 18 TAHUN

KUCHING, 2 Feb – Penetapan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun antara langkah penting menangani isu kehamilan remaja dan perkahwinan awal.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata langkah itu bertujuan memastikan remaja menamatkan pendidikan, selain mengurangkan risiko kesihatan.

β€œBagi perkahwinan sivil, sekiranya seseorang ingin berkahwin sebelum mencapai umur 18 tahun, kelulusan perlu diperoleh daripada Ketua Menteri melalui wakilnya di peringkat bahagian, biasanya Pegawai Residen. Sekiranya kebenaran diberikan, perkahwinan dibenarkan walaupun di bawah umur; namun, umur 16 tahun adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) Bil. 1/2026 di Kuching hari ini.

Bagi perkahwinan Islam pula, kelulusan Mahkamah Syariah diperlukan sebelum perkahwinan boleh dilangsungkan, khususnya melibatkan pasangan bawah umur.

Manakala bagi perkahwinan adat, umur minimum perkahwinan tidak dinyatakan secara jelas.

Beliau mengesyorkan agar Ketua Kaum dan Pemimpin Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan adat, bagi menetapkan umur minimum perkahwinan pada 18 tahun untuk kedua-dua jantina.

Penetapan umur minimum 18 tahun dilihat selari dengan sistem pendidikan negara, di mana kebanyakan pelajar menamatkan persekolahan menengah pada usia 17 atau 18 tahun.

ENDS…ROSE

rtmsarawaknews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *