



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang memberikan manfaat kepada rakyat.
Beliau berkongsi pengalaman melawat Zoo ini di FB sebaik tiba di Johor Bahru dari ibu negara dengan menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3).
Anwar turut beramah mesra serta menyantuni para pengunjung selain menerima penerangan mengenai perkembangan semasa zoo tertua di Malaysia itu. – JM
