




.
๐ง๐๐ก๐๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐, ๐ฐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ Seramai 70 pelajar Maahad Tahfiz Al Iman Sedili diberi pendedahan awal mengenai peranan dan tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara menerusi lawatan sambil belajar ke Zon Maritim Tanjung Sedili, semalam.
Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, program seumpama itu penting bagi meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap isu keselamatan maritim di samping membuka minda mereka kepada peluang kerjaya dalam Maritim Malaysia.
Menurut beliau, lawatan yang turut disertai 10 orang guru itu bertujuan memberi pendedahan secara langsung tentang peranan Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, operasi keselamatan dan perlindungan perairan negara.
โPendedahan awal seperti ini penting untuk membina kefahaman, minat dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar terhadap tugas mempertahankan kedaulatan negara,โ katanya.
Sepanjang lawatan, para pelajar mengikuti taklimat interaktif yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Nur Azlina Hanafi, merangkumi aspek keselamatan di laut, cabaran operasi maritim serta laluan kerjaya sebagai pegawai dan anggota Maritim Malaysia.
Lawatan tersebut turut dimeriahkan dengan pameran senjata, paparan replika kapal dan bot Maritim Malaysia yang mencetuskan keterujaan dalam kalangan pelajar.
Komander Maritim Mohd Najib berkata, pihaknya berharap program seumpama itu dapat menyemai minat generasi muda untuk berkhidmat kepada negara serta melihat sektor maritim sebagai satu kerjaya yang penting dan mencabar pada masa hadapan.
.
