



LANGKAWI 3 Februari: Kira-kira 2,500 orang menyaksikan fenomena alam laut terbelah di Tanjung Rhu, Langkawi hari ini.
Fenomena unik tersebut yang juga dikenali sebagai “sandbar walk” berlangsung selama sejam bermula 6.30 pagi muncul sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan itu surut hingga 0.1 meter.
Fenomena laut terbelah susulan kemunculan beting pasir hampir sepanjang 800 meter di Pantai Tanjung Rhu ini membolehkan pengunjung berjalan sehingga Pulau Penyu, Pulau Kelam Baya dan Pulau Cabang.
Wartawan: Mohd Fauzi bin Mohamed Dali
Foto : RTM Langkawi
