MCMC lancarkan kohort ke-3 ALPs perkukuh kepimpinan masa hadapan

Oleh: Sholina Osman
4 FEB. 2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini telah memulakan kohort ketiga Accelerated Leadership Programme Series (ALPs), sebahagian daripada komitmen berterusan MCMC untuk
memperkukuh keupayaan
kepimpinan serta memastikan
kesinambungan dan kelestarian barisan kepimpinan dalam Suruhanjaya.

Kenyataan media MCMC memaklumkan program yang pernah memenangi anugerah ini melibatkan 40 pegawai Berpotensi Tinggi (HiPo) yang kesemuanya dipilih secara teliti dan dikenal pasti melalui kerangka pembangunan kepimpinan dan bakat MCMC yang tersusun.

Sebagai komponen utama kepada Leadership Continuum Suruhanjaya, ALPs direka untuk mempersiap pemimpin baharu agar mampu menggalas peranan dan tanggungjawab yang lebih luas dalam menghadapi perubahan teknologi yang pesat, khususnya dalam persekitaran yang semakin digital serta didorong oleh kecerdasan buatan (Al).

TIGA OBJEKTIF UTAMA

Siri Accelerated Leadership Programme ini berpaksikan kepada tiga objektif utama iaitu membangunkan bakat berorientasikan masa hadapan dalam MCMC bagi memastikan kekuatan barisan kepimpinan yang diperlukan.

Selain itu bagi membina keupayaan kritikal untuk menerajui transformasi organisasi dalam era digital dan dipacu Al.

Juga untuk mendorong budaya berprestasi tinggi sambil menyokong perkembangan kerjaya yang berstruktur dalam MCMC.

Program ini menampilkan kerjasama akademik bertaraf MBA bersama Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) yang mengintegrasikan ketegasan akademik dengan penggunaan pembangunan kepimpinan.

BADAN YANG DIIKTIRAF

Sebagai pelengkap, para peserta juga akan mengikuti pensijilan profesional Kecerdasan Buatan (Al) daripada United States Artificial Intelligence Institute (USAII®), sebuah badan yang diiktiraf di peringkat global, bagi memperkukuh kompetensi digital dan Al secara praktikal selaras dengan mandat kawal selia dan pembangunan MCMC.

Perjalanan pembelajaran yang tersusun ini merangkumi pengajian kursus MBA dan projek akhir, kelas-kelas master kepimpinan, sesi bimbingan eksekutif (executive coaching), serta komponen pembelajaran berasaskan pengalaman.

Program ini turut memberi penekanan yang kukuh terhadap pembangunan keupayaan inovasi, dengan para peserta dikehendaki untuk mencetuskan idea dan melaksanakan inisiatif inovasi, di samping mewakili MCMC dalam pertandingan antarabangsa – sekali gus memberikan pendedahan kepada amalan terbaik global, trend baharu, serta perspektif rentas sempadan.

Secara keseluruhan, Siri Accelerated Leadership Programme mencerminkan komitmen jangka panjang MCMC terhadap pembangunan kepimpinan secara sistematik, kemajuan bakat, serta kesiapsiagaan organisasi, agar MCMC kekal tangkas dan berkesan dalam menangani cabaran kawal selia, industri dan teknologi pada masa hadapan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *