







KUANTAN, 6 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat merasmikan penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-69 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Majlis berkenaan turut dihadiri YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan dari seluruh negeri Pahang.
Pada majlis berkenaan Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang dan juga jemaah hakim.
Tilawah Al-Quran pada tahun ini menyaksikan Encik Zul-Hasyimi Mohamed Yunus muncul sebagai Johan Qari dengan memperoleh markah sebanyak 95.75 manakala kategori Qariah dimenangi Nurul Saadah Mohamad Zaini dengan markah 90.00.
Paduka Baginda di dalam titah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh peserta tilawah dan hafazan Al-Quran yang telah menunjukkan kesungguhan dan disiplin dalam menghayati kalam Allah.
Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang, para hakim, urus setia serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan penganjuran majlis berkenaan, sekali gus membuktikan syiar Islam terus subur dan diperkasakan di Negeri Pahang Darul Makmur.
Sementara itu Paduka Baginda turut menyentuh berkenaan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi dan menyeru rakyat di negeri ini membuat persiapan rapi dalam menyambutnya dengan penuh keinsafan, kesungguhan dan ketundukan kepada Allah SWT.
Paduka Baginda bertitah, Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, sebaliknya merupakan madrasah jiwa, medan tarbiah rohani serta musim untuk memperkukuh hubungan hamba dengan Pencipta.
βPuasa adalah jalan menuju takwa, dan takwa itulah akar kepada segala kebaikan.. Beberapa usaha wajar diperkasakan sepanjang Ramadan, antaranya memperbanyakkan bacaan, penghayatan dan tadabbur Al-Quran, menjaga adab serta akhlak termasuk mengawal lidah dan emosi, selain mengamalkan sikap sederhana serta menjauhi pembaziran,β titah Paduka Baginda.
Dalam pada itu, Paduka Baginda menegaskan bahawa keindahan Ramadan turut terserlah melalui sikap saling menghormati, bertolak ansur serta membantu golongan yang memerlukan agar keberkatan bulan mulia itu dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat. -KESULTANAN PAHANG
βββ-
HRH THE SULTAN OF PAHANG GRACIOUSLY OFFICIATES THE CLOSING CEREMONY OF THE 69TH PAHANG STATE-LEVEL AL-QURAN RECITATION AND MEMORISATION ASSEMBLY
KUANTAN, February 6, 2026 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, graciously attended and officiated the closing ceremony of the 69th Pahang State-Level Al-Quran Recitation and Memorisation Assembly at Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah here yesterday.
The arrival of His Royal Highness was accompanied by Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, and His Royal Highness the Crown Prince of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Also in attendance were His Highness Tengku Panglima Raja Brigadier General Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah and his wife, Her Highness Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Datoβ Indera Haji Mohammed Moizz.
The ceremony was also attended by the Right Honourable Menteri Besar of Pahang, Datoβ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, together with members of the State Executive Council and heads of departments from across the state of Pahang.
During the ceremony, His Royal Highness graciously presented prizes to the winners as well as to the panel of judges.
This yearβs Al-Quran Recitation Assembly saw Encik Zul-Hasyimi Mohamed Yunus emerge as the Champion Qari with a score of 95.75, while the Qariah category was won by Nurul Saadah Mohamad Zaini with a score of 90.00.
In His royal address, His Royal Highness expressed His highest congratulations and commendation to all participants of the Al-Quran recitation and memorisation events who demonstrated dedication and discipline in appreciating and internalising the words of Allah.
His Royal Highness also conveyed His appreciation to the Pahang State Government, the judges, the organising committee, and all parties who worked tirelessly to ensure the success of the event, thereby proving that the Islamic spirit continues to flourish and be strengthened in the State of Pahang Darul Makmur.
Meanwhile, His Royal Highness also touched on the upcoming arrival of the month of Ramadan and called upon the people of the state to make thorough preparations to welcome it with humility, sincerity, and full submission to Allah SWT.
His Royal Highness decreed that Ramadan is not merely a month of abstaining from hunger and thirst, but rather a school for the soul, a field for spiritual training, and a season to strengthen the relationship between servant and Creator.
βFasting is a path towards piety, and piety is the root of all goodness. Several efforts should be intensified throughout Ramadan, including increasing the recitation, appreciation, and reflection of the Al-Quran, safeguarding manners and morals including controlling speech and emotions, as well as practising moderation and avoiding wastefulness,β decreed His Royal Highness.
In addition, His Royal Highness emphasised that the beauty of Ramadan is also reflected through mutual respect, tolerance, and assistance to those in need, so that the blessings of the holy month may be felt by all levels of society. β KESULTANAN PAHANG
